3 Sep 2009

hujung jalan yang sempit dan memeritkan


hurm.. perlukah aku flight g Sabah ? perlukah aku jurney sampai ke sana hanya untuk menenangkan hati aku yang runsing.. pilihan yang bakal ku buat menjadi taruhan... atau mungkin hanya penyebab sebelum aku pergi selamanya...

perangai aku skang makin pelik.. diri aku sendiri sukar untuk mentafsir apa yang aku lakukan.. emo aku semakin menjadi² hurm... aku hanya inginkan kepastian.. kemana aku akan pergi... nak kata buang tebiat mungkin kot... banyak yang aku lakukan luar dugaan diri.. adakah ia di kira sebagai buang tebiat ? dalam diri hanya ingin melakukan segala yang aku tak pernah capai selama nih dan aku telah banyak yang aku inginkan... sayang aku dah tak macam biasa... sayang aku kini bersulam syahdu.. sedih.. tah la... aku semakin takut untuk memejamkan mata.. aku hanya ingin menikmati hari hari aku tanpa mengira apa yang berlaku... kene maki aku leh bersabar.. kene hambur aku tetap teguh.. ujian yang makin mendalam tapi aku lalui tanpa perasaan...

setiap aku cuba pejamkan mata... bayangan merpati putih datang menjengah... terbang di hadapanku tanpa rasa gusar.. apakah petanda itu... kehadiran arwah insan yang aku sayang iaitu embah ku pun turut menghiasi mimpiku.. kenapa ia perlu berlaku... aku takut untuk pejamkan mata... aku takut untuk pergi dalam keadaan yang hina... aku nikmati dan jadi pecinta bloger sejak dua menjak ini... sikap ku semakin gile... makin buang tebiat... aku tak boleh menahan nafsuku untuk terus menaip kisah kisah aku... adakah benar seruan Illahi semakin rapat dengan ku... atau ia hanya dugaan... deria rasa ku tiada rasa lagi... sistem pemakanan ku juga kurang stabil... berbuka hanya ngan frens fries sudah memadai... kenapa aku perlu jadi begini....

aku kini jauh dari kampung halamanku... aku berehat dan tika ini dan saat aku menulis caritera aku , aku merasaai kehadiran bahang seruan semakin rapat... mungkin sampai sini sahaja aku menulis warkah... mungkin esok aku dah tiada... hanya salinan cerita sebagai sulam cerita hibur dan kenangan yang hadir...

kini akan ku tulis lampiran buat sahabatku dan insan yang ku nanti agar mereka kenal siapa aku... dan sejauh mana setiaku... mungkin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan