3 Sep 2009

Maaf mak...

salam rindu dari anakmu...

coretan yang akan ku coretkan hanya buat tatapan ibunda tika aku telah tiada.. biarlah keperitan ku kau tahu setelah aku tiada... sebelum itu terima kasih atas segala yang telah diberikan kepadaku selama aku masih bernyawa... mungkin dikau terkejut dengan petah dan telatah yang aku tonjolkan setelah aku dewasa... semua hanya kerana tanggungan keperitan yang aku beri pada mak.. di harap ini menjadi coretan yang boleh mengubat atau dikau fahami isi hati ku... untuk di luah tidak tersampai bahasa untuk di ucap..

walau kelahiranku adalah satu kabulan doa di MasjidilHaram di hadapan Ka`bah seperti yang kau ucapkan, tetapi besar dugaan yang aku hadapi setelah aku ditugaskan sebagai insan di dunia.. waktu kelahiran ku membuatkan dikau susah... mencari tempat perlindungan hanya untuk menunjukkan kasih mu padaku... tapi di mana ayahku wahai ibu.. kenapa sejuta nista yang aku terima sejak aku lahir hingga kini... adakah ia santapan naluri untukku.. memang ia bukan kesalahanmu wahai ibu.. tapi aku memohon maaf jika ia berlaku keatasmu tika aku melepaskan dendam kesumat di hati....

aku rindukan satu keluarga yang indah.. tetapi ia menjadi kubur untuk anakmu wahai ibu.. perpisahan menjadi sebab aku gagal dalam mencari keindahan itu.. sewaktu kau perlukan insan... aku mula bahagia.. tapi saat lahir insan yang lain... aku mula terpinggir.. setiap percutian aku disisihkan... cukuplah aku diherdik waktu si jahanam datang menjemput adik beradikku... mengapa perlu memberi luka lagi setelah ada insan yang menjagamu, didikan yang di sulam dalam diri ini membuatkan aku lelaki yang bisa merubah dunia... aku mencipta keindahan dunia aku sendiri.. aku bertatih sendiri hanya dengan satu dendam... kenyataan yang kau takkan terima malah keluargaku sendiri... 

saat aku rbah ke jalan... harapan untuk aku kembali ke rumah tetap dipandang sebelah mata.. hina sangatkah aku wahai ibu... bertahun aku merempat tanpa jaga makan dan minum.... aku merubah dunia aku sendiri.. merawat segala duka aku sendiri... walau kau memberi pertolongan tetapi aku waktu itu ingin berlindung di bawah kepak kasih sayang mu wahai ibu... tetapi ia bolos untuk aku berlindung... sesat jauh perjalanan yang aku cipta... menjadi insan yang kotor dan jijik di mata Illahi... sedangkan aku perlu.. tetapi kau telah tebus dengan satu pengorbanan dimana kau sanggup jahit lukaku sewaktu aku benar benar hilang arah... sanggup berpisah rumah hanya untuk menjaga amanat yang telah Ia berikan pada mu, akan tetapi aku tetap sakit bila melihat setiap titisan air mata yang jatuh ke bumi... cukup besar pengorbanan mu wahai ibu.. hingga kini aku masih bertatih... tetapi ibu... aku gagal dalam bina keindahan kehancuran jua yang aku terima... kenapa ? aku faham bukan silap datang dari mu tapi kerna datang dari aku... adakah keinsafan yang aku lalui tiada ruang ? sejauh mana perlu aku hadapai...

aku melangkah keluar dari mahligai sayap yang kau bina wahai ibuku... aku mencari satu kebebasan dalam membina tetapi ia tetap sukar.. aku semakin sakit di himpit pelbagai ruang emosi yang datang entah darimana, aku sakit... aku rindukan masakan dan manja dari mu ibu.. tetapi aku dihalang... hingga kini tetap terlihat akan jurang yang telah dibina... aku semakin gusar... dan sakit

maaf ibu andai ini warkah akhirku.. aku sedia hadapi segala yang mendatang..... berbekal doa dan airmatamu sewaktu kau melahirkan aku...

aku yang jauh dan semakin jauh
adik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan